Sunday, 2 October 2011

#Cinta IBU, cinta seputih susu.

Cinta seputih susu. 
susu jernih yg memberi kita nafas hidup ini. 
pernah tak korang terfikir cinta seorang ibu dgn kita sbg seorang anak ?
biarponn kita sulam cinta itu dgn kekasaran, keegoan n whatsoever, namun cinta seorang ibu dgn kita  takkan pernah berubah malah kekal kuat smpai ke hembusan terakhir seorang ibu. 
macam tu laa rupa cinta seorang yg bergelar Ibu..
bagi aku, itulah Cinta yang dinaungi SYURGA dan awan firdaus..
kadang-kadang aku terfikir.
ada atau tidak anak di luar sana, tak kira la sapa. janji bergelar seorang anak termasuk la aku.
ada tak seseorang anak itu menadah tgn berdoa utk kedua org tua nya ?
 #alhamdulillah. aku tak penah lupa untuk mendoakan kedua org tua ku. 
w/pun arwah bapak dh pergi menghadap illahi sejak 9tahun yg lalu. aku tak pernah lupa nak sedekah kan  setangkai alfatihah buat arwah bapak. 
mcm tu jugak dgn mak aku. 
setiap hari aku doakan yg terbaik utk mak aku. aku sentiasa memohon kepada ALLAH supaya org tua aku selalu mendapat rahmat serta di redhai ALLAH. 
bkn mksd aku nak puji diri sendiri. tp penah tak korang terfikir yg seorang ibu takkan pernah lupa mendoakan kesejahteraan anak nya walauponn sesaat .
macam yg mak aku selalu buat.
#terima kasih mak. 
see, betapa mulianya seorang yg bergelar ibu kan?
btw,

persoalan ni menimbulkan pertanyaan bg aku dan mgkin juga anak-anak di luar sana.
••► bila kali terakhir kita sbg anak MENGHUBUNGI mereka?
••► Bila kali terakhir kita MENDOAKAN mereka?
••► Bila kali terakhir kita mengucapkan SAYANG dgn mereka?
••► Bila kali terakhir kita tanya tentang KESIHATAN mereka?
••► Bila kali terakhir kita bergurau MENGEMBIRAKAN mereka?
••► Bila kali terakhir kita CIUM mereka ?
••► Bila kali terakhir kita MEMELUK erat tubuh cdak dengan getaran cinta?
••►bila kali terakhir kita memeluk mereka dan mereka  memeluk kita seolah olah mereka taknak melepas kita jauh dr mereka? 
Carilah JAWAPAN itu dalam lautan rasa hati kita sebagai anak...
sebagai anak, kita mencari REDHA mereka terutama seorang yg bergelar ibu. 
Kerana redha illahi tersembunyi dibalik redha Ibu.

jadi, jangan sesekali biar mereka berduka.
bagi aku, seorang yg bergelar Ibu ya adalah diantara jambatan-jambatan yang perlu kita lintas hendak menuju ke syurgaNya…
so, kepada anak-anak yg masih ada ibu bapa.
hargailah mereka sebaik yg mungkin. 
kehilangan org yg paling kita sayang terlalu perit rasanya. hilang kekasih xpe, bole crik laen. 
tp,hilang ibu bapa. tiada pengganti . kesimpulannya, hargailah mereka sebaik mungkin. 


p/s : IBU..anakmu ini terlalu menyayangimu..selalu mendambakan kasih sayang darimu..iloveyou ibu. 

No comments:

Post a Comment